Latar Belakang
Selepas Perang Dunia Kedua, dunia berpecah kepada dua blok: Barat (Amerika Syarikat) dan Timur (Soviet Union). Negara membangun mahu kekal berkecuali untuk fokus kepada pembangunan.
Suara negara membangun di pentas dunia
NAM (Non-Aligned Movement) ditubuhkan pada 1961 di Belgrade, Yugoslavia. Ia adalah pertubuhan negara yang tidak berpihak kepada blok Barat (NATO) atau blok Timur (Pakatan Warsaw) semasa Perang Dingin.
Selepas Perang Dunia Kedua, dunia berpecah kepada dua blok: Barat (Amerika Syarikat) dan Timur (Soviet Union). Negara membangun mahu kekal berkecuali untuk fokus kepada pembangunan.
Lima pemimpin utama: Josip Broz Tito (Yugoslavia), Jawaharlal Nehru (India), Gamal Abdul Nasser (Mesir), Sukarno (Indonesia) dan Kwame Nkrumah (Ghana). Akar idea dari Sidang Bandung 1955.
Tidak berpihak kepada mana-mana blok kuasa besar. Menentang kolonialisme dan imperialisme. Menggalakkan keamanan sejagat. Menyokong perjuangan kemerdekaan negara terjajah. Kerjasama Selatan-Selatan.
Menentang perkauman (apartheid) di Afrika Selatan. Menyokong kemerdekaan Namibia, Zimbabwe, Palestin. Mendesak perlucutan senjata nuklear. Menjadi suara negara membangun dalam PBB.
Tuan rumah Sidang Kemuncak NAM ke-13 di Kuala Lumpur 2003. Pengerusi NAM 2003-2006. Aktif dalam isu Palestin, perlucutan senjata nuklear dan reformasi PBB.